السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Lillahi Ta'ala.. Alhamdulillah.. Hai! *lambai tangan, sengih selebar mungkin* Lama kan tak tunjuk muka? ha xx sorry.. ok, blog ni penuh dengan habuk and sawang.. sat, nak ambik bulu ayam..
*4 DAYS LATER*
hah! dah jumpak! eh, dah bersih laa... ini mesti mama tolong kemaskan ni.. alalala.. bestnya!
*APA YANG HANG MEREPEK NI AKMAL MARDZIAH??*
OK, THE END.. *eh, belum habis laa.. tutup cerita semak jaa..* Yo! Aha xx..
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku bertudung labuh litup bukan sebab aku nak digelar ustazah.. apatah lagi digelar solehah.. kadang-kadang,
aku seringkali melupakan Dia, Rabbul Izzati.. aku selalu lewat solat fardu.. kalau dekat asrama, alhamdulillah, awai laa jugak
sebab nak solat berjemaah kat surau.. kadang-kadang, aku alpa.. selalu rasa tak bersyukur dgn nikmat Ilahi..
aku masih lagi tercari-cari jalan yg sebenar-benarnya untuk menuju keredhaan Ilahi.. jika bertudung labuh itu memang
boleh menahanku dari rasa malu dan tabarruj, maka aku pilih itu.. biarlah aku tidak dipandang cantik
tapi aku nak sangat jadi sebutan penghuni langit sebagaimana Saidatina Fatimah R.A., ketua bidadari di Syurga..
Aku tahu pandangan mereka tentang diriku.. alim, warak, tahu semua ilmu agama.. salah saudaraku sekalian..
salah.. sebab aku ni masih lagi jahiliah.. aku masih lagi mengejar dan mencari ilmu..
sebab aku tau aku tak sebaik yang hangpa sangka.. so, aku pilih utk menahan diri dari nafsu dgn bertudung
labuh liup.. aku hanya wanita biasa yg inginkan keselamatan maruah &lebih terjaga dari
gangguan lelaki ajnabi.. aku memilih utk menjadi wanita yg tidakmemandang dan tidak pula dipandang..
biaq lah aku tetap macam ni.. janganlah pandang aku dgn pandangan yg terlalu tinggi.. serius cakap,
AKU TAKUT DIPANDANG MULIA! sedangkan diriku seorang hamba yg hina.. jgn pulak ada yg berpandangan aku
ingin menunjuk-nunjuk dan riak bahawa akulah wanita solehah.. pamenda ni? the truth is, kesolehan itu bukan nilaian
kita.. itu hak Allah.. aku akn tetap mcm ni.. mudah-mudahan pakaianku ini menjadi inspirasi kepada wanita-wanita
di luar sana untuk berhijrah ke jalan yg lebih mulia di sisi-Nya.. buanglah baju-baju hgpa yg seksi tu.. kalau tak mau
buang, pakai dalam rumah dah laa.. tau dak, kalau mata yg memandang pon rasa seksa dia, apatah lagi seksa azab
ALLAH!! pesanan aku buat semua, hiasilah dirimu dengan pakaian taqwa.. tak ketat, labuh lepas punggung, tudung
menutupi dada, pakai stokin dan handsock.. sabda nabi, wanita adalah penghuni teramai di dalam neraka..
ingatlah saudariku sekalian, kita kini sedang berada di ambang pengakhiran... hidup ini tak kan kekal selamanya..
dah bersedia? apa persediaan kita? apa? ada kaa? baju masih mengikut bentuk badan, seluaq pulak
masih ketat membentuk pinggul/paha.. ada jugak certain org tu, ada time dia pakai tudung & bila dia pakai tudung,
dada pulak ditayangnya.. stoking and handsock pon tak pakai.. kakak-kakak, lupa kaa yg kaki kita jugak aurat? tahu tak?
tolonglah.. kita semua banyak khilafnya.. please, perbetulkan apa yg salah.. berusahalah utk melawan nafsu.. yakin boleh,
pasti boleh.. berhijrahlah LILLAHI TA'ALA...
_____________________________________________________________________________
cacatan di atas bukanlah bertujuan untuk mengumpat, menghina or whatever yg seangkatan dengannya..
cacatan ini hanyalah sekadar peringatan kepada para muslimat di luar sana..
*rujukan:Page"Why Should I..."*
banyak isi kandungannya dari situ.. ada jugak laa ayat-ayat sendiri.. ayat yg rempang semacam tu, ayat aku laa.. haha xx..
Sekian..